Wednesday, 18 May 2011

Loghat mana lebih munasabah ~ (:

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur? scratch

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah. Shocked

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada." Wink


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak". Basketball

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok." Rolling Eyes


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! rabbit Twisted Evil

Walau apapun, setiap negeri ada keistimewaan tersendiri... Very Happy

No comments:

Post a Comment